Sunday, November 29, 2009

gambar hiasan..sekadar mengecurkn kamu semua.

sehati sejiwa..mcm lagu nurul n ajai


KUALA LUMPUR: Kerana sayangkan suami, seorang isteri sanggup memusnahkan masa depannya apabila rela berkongsi hobi menghisap syabu semata-mata tidak mahu lelaki berkenaan berkongsi gian bersama penagih lain di luar.

Pengorbanan ‘membabi buta’ itu akhirnya memakan diri apabila dia turut bergelar penagih syabu selepas ketagih dan berasa seronok menikmati benda haram itu.

Lebih memilukan, gara-gara mahu suami sentiasa ada di rumah, empat anak mereka ibarat ‘penonton setia’ setiap kali mereka berkongsi menjamah ‘hidangan’ haram itu.

Begitulah yang dilalui Mia, 30, yang bukan saja ketagih dadah tetapi pandai menjual dadah dan mencuri demi memastikan bekalan syabu yang dinikmati bersama suaminya tidak putus.

p/s: ini kah yg dinama kan sehati sejiwa..snggup berkongsi ape saja.ak rasa da bnyk kt negara kte yg mcm ni.wanita snggup melakukn kejahatan demi suami tercinta..

kami bukan along..kami nk tolong..


KUALA LUMPUR: “Kami tidak ada kena mengena dengan along, jadi mereka perlu hentikan perbuatan itu,” kata beberapa artis popular yang gambar mereka digunakan ceti haram untuk 'memancing' orang ramai membuat pinjaman.

Berdasarkan tinjauan di sekitar Ampang dan Bangsar, di sini, ceti haram terbabit meletakkan beberapa gambar artis tempatan antaranya Fasha Sandha, Mawi, Lisdawati, Diana Danielle, Cat Farish termasuk Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dalam iklan mereka untuk menarik keyakinan orang ramai.

Along mendakwa kononnya golongan artis dan VIP turut meminjam wang daripada mereka sebelum menjadi kaya serta memilih lokasi seperti di tiang elektrik, peti kuasa elektrik dan pondok telefon untuk menampal iklan berkenaan.

Langkah menggunakan gambar dan nama artis itu dipercayai akibat terdesak selepas perniagaan mereka semakin terhimpit dengan tindakan tegas pihak berkuasa baru-baru ini.

p/s:kesian kt artis yg terlibat tu kn.xpasal2 terbabit nama dia org..


Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA SEMUA..


selamat menyambut hari raya aidiladha
pada hari jumaat ini..27-11-2009

pasti ramai yang membuat korban di seluruh negara..
selamat bergotong royong mengerja kn lembu yg di korban.
semoga kita mensyukuri dan dirahmati oleh ALLAH smua..
selamat makan ;
ketupat
rendang
lodeh
sambal kacang
nasi empit
ayam masak kicap
serunding
sambal goreng
ape2 la yg dijuadahkn..

mari lah kte sama2 mengerjekn
sembayang hari raya korban..

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA

Wednesday, November 25, 2009

perodua MPV baru..ALZA


Bagaimanapun, Alza jelas berbeza dan menepati ciri-ciri MPV tempatan yang diberi nafas lebih segar, bergaya serta ekonomi.

Malah, harga atas jalan ditawarkan bermula sekitar RM56,000 sehingga RM65,000 mampu menarik perhatian golongan bujang dan keluarga kecil untuk memiliki Perodua Alza.

Ciri luaran terkini seperti lampu hadapan projektor, lampu belakang LED dan isyarat membelok pada cermin sisi membuktikan Perodua mengutamakan pelanggannya.

Selain itu, reka bentuknya yang aerodinamik menjadikan Alza sebuah jentera berbaloi untuk dimiliki.

Alza dibekalkan enjin berkod 3SZ-VE 1,495cc DOHC 16 injap dengan DVVT.

Enjin terbabit sama seperti model digunakan pada Toyota Vios dan Avanza, tetapi Alza menggunakan pacuan depan berbanding Avanza yang menggunakan pacuan roda belakang.

Sepanjang 4,205 mm, 1,695mm lebar dan 1,620 mm tinggi, Alza mampu memuatkan tujuh penumpang bersaiz sederhana dengan selesa.

Malah, ruang dalamannya diberi nafas baru apabila kerusi kedua boleh ditarik sehingga ke depan bagi memudahkan penumpang kerusi baris ketiga keluar masuk.

Selain itu, bagi model EZ, kerusi hadapan bersambung antara pemandu dan penumpang kerusi hadapan, sekali gus memberi gambaran sebenar sebuah MPV untuk keluarga.

Papan pemuka ringkas dan menarik manakala tombol gear automatik berada di sisi stereng memudahkan pemandu.

Alza didatangkan dengan sistem audio dilengkapi teknologi Bluetooth dan pemain USB selain kawalan audio pada stereng.

Berharga antara RM55,490 hingga RM61,190 bagi versi manual dan RM58,480 hingga 64,190 bagi versi automatik, Alza didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu Medallion Grey, Glittering Silver, Ebony Black, Pearl White, Solid White dan warna terbaru, Classy Purple.

p/s:if berminat ape lagi terus g la ke pameran produa
yg berdekatan..tempah jgn x tempah..

Tuesday, November 24, 2009

bersukan adalah hidupku..


malam tadi telah berlangsung nye perlawanan badminton berpasukan
di tempat ak tinggal.tiap2 tahun memang ada game ni.
so mlm tadi team ak ada main berjumpa dgn team lain dlm kumpulan ak.
stiap team ada 5 regu.ada gred A B C D
ak bermain dlm gred B..
pertandingan ini telah belangsng dr minggu lepas lagi
tapi ak x sempat nk masukkn dlm blog ni.


team ak telah kalah kpd team yg ak lawan.
dgn point 3-2..
2 yg menang dlm team ak adalah ak(B) dgn gred C ak.
manakala yg lain A C kedua D ak telah tewas..
harapan ak nk pergi jauh rasanye sudah tiada.
ak mesti menang 3 dri 4 game sepatutnye.
skrg ak menang sekali dan kalah 2 kali.


so harapan ak nye team nk ke final
rasa nye sudah terkubur...
tapi xpe janji ak (B) menang dlm ketiga2 game.
kira ak x malu la sngt.
nk mengharapkn yg lain punah semua nye.
ini la adat berpasukan kalo harapkn seorang pun xble
kena semua perlu bersatu menang paling skit pun 3-0
ak pun da letih nk masuk tido,pagi nti nk g keje lak.huhu..
ngtuk nti kt dlm ofis..
nite.
p/s: bersukan menyihatkn kte,so bersukan la
paling tidak pun bersenam selama 10 minit.. ;-)
aslm..

Monday, November 23, 2009

wanita oh wanita..


KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.

Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki, tetapi remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.

Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.

Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.

“Tanpa saya sedar, selepas lebih setahun menghisap syabu, hutang saya mencecah RM4,000. Ketika itu tidak sukar untuk saya mendapatkan barang itu kerana rakan baik saya adalah teman wanita ‘pusher’ yang membekalkan dadah itu dan saya boleh ambil barang secara hutang.

“Kadangkala saya jual juga tetapi wang hasil jualan itu tidak diserahkan kepada pembekalnya, menyebabkan hutang saya semakin bertambah,” katanya ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sebuah lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.

Selepas satu tempoh, Tasha berkata, pengedar terbabit memintanya melunaskan semua hutang dan jika dia gagal, perkara buruk akan berlaku ke atasnya.

“Manalah saya ada wang sebanyak itu dan selepas berbincang saya diberi pilihan untuk melakukan satu tugas bagi melunaskan hutang berkenaan.

“Tugas itu ialah mencari dan memperdaya wanita untuk dijual kepada pengedar terbabit. Saya setuju kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini jika menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum melakukan tugasan, dia diajar bagaimana memilih wanita yang mudah didekati dan diperdaya.

Dia diajar supaya mendekati wanita yang gemar berpeleseran dan liar kerana mereka diyakini mudah didekati.

“Saya disuruh mengumpan mereka dengan benda yang mereka suka seperti berhibur di kelab, arak dan dadah,” katanya.

Tasha berkata, berbekalkan panduan diberi, dia melaksanakan tugas pertamanya di sebuah pusat beli-belah dan berjaya melakukannya.

“Saya dekati seorang remaja wanita berusia 18 tahun yang dalam keadaan mabuk. Saya ajak dia berborak dan bercerita kepadanya bahawa saya juga ‘satu kepala’ dengannya.

“Saya beritahu dia, jika ikut saya, saya boleh belanja minum arak dan berhibur. Saya turut berjanji beri dadah dan dia mempercayai saya,” katanya.

Remaja terbabit dibawa ke sebuah hotel murah kononnya untuk berehat dan menikmati arak.

“Ketika melakukan kerja itu, saya ditemani ‘pusher’ yang memerhatikan saya dari jauh. Apabila mendapat mangsa, saya bawa wanita terbabit menggunakan kereta dipandu ‘pusher’ itu.

“Di hotel tempat persinggahan itulah saya meninggalkan wanita terbabit dengan berpura-pura untuk keluar sebentar. Selepas saya keluar, ‘pusher’ itu masuk dan saya tidak tahu apa berlaku seterusnya kerana yang penting saya sudah melaksanakan tugas diberi,” katanya.

Selepas menjual wanita itu, hutangnya langsai dan dia turut diberi wang RM500.

“Saya tidak tahu apa berlaku kepada wanita itu, tetapi difahamkan dia dihantar kepada bos ‘pusher’ terbabit. Barangkali dijadikan pelacur atau disuruh menjual dadah,” katanya.

Menurut Tasha, walaupun sudah menyelesaikan hutangnya, dia terus melakukan kerja terkutuk itu kerana dijanjikan pulangan lumayan.

Untuk kali kedua, dia pilih wanita bermasalah yang dikenali menerusi rakan lain.

“Sekurang-kurangnya tiga wanita berusia 20-an dijual selepas saya memilih mereka,” katanya.

Tasha berkata, ‘kejayaannya’ menjual tiga wanita itu membolehkan dia mengumpul wang sehingga RM6,000 dalam tempoh singkat.

“Memang saya seronok sangat ketika itu. ‘Pusher’ memberi saya RM2,000 untuk setiap wanita yang saya jual, walaupun saya tahu nilai wanita terbabit lebih daripada itu.

“Pada masa sama saya peroleh bekalan syabu secara percuma. Saya langsung tak terfikir mengenai nasib wanita yang saya aniaya kerana terlalu seronok,” katanya.

Pada pertengahan tahun ini abangnya mengetahui segala perbuatan jahat yang dilakukannya menerusi rakan.

“Abang mengawal ketat pergerakan saya dan setiap masa menasihati saya supaya berubah, apatah lagi dalam suasana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.

“Selepas berjauhan daripada rakan, saya sedar sampai bila saya harus begini. Saya cuba sedikit demi sedikit untuk mengawal diri,” katanya.

Tasha berkata, sudah lebih dua bulan dia tidak bertemu rakannya dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada SPM.

“Saya akui saya jadi begini kerana pengaruh rakan. Hisap syabu, jual orang dan beberapa kali terlanjur dengan teman lelaki.

“Paling saya kasihan ialah ayah dan ibu kerana mereka bukannya tidak mendidik saya dengan ilmu agama. Mereka boleh dikatakan warak juga, tetapi kerana tersalah memilih rakan, saya rosak,” katanya menyesal.

p/s:akut bila baca aktikal mm ni,tapi ni la lumrah manusia zaman skrg..

benda yg x spatut nye dibuat.smkin berleluasa..

















Thursday, November 19, 2009

lwn persahabatan tenis 2oo9


aslm..
pada hari ahad itu hari kelab tenis ak telah
mengadakan perlawanan persahabatan di Kota Tinggi.
gmbr kt ats tu ak tengah bersiap2 nk pergi.sambil menunggu
kwn2 yg lain..



ak telah mengadakan persahabatan dengan Majlis Dearah Kota Tinggi, belia2 dan otai2
KOta tinggi.ak baru tiba di gelanggang tenis Majlis Kota Tinggi.. jam 8:30 pagi..
janji kol 8 tapi biasa la kn janji melayu lewat skit..huhu



sebelum bermula nye perlawanan ak sempat bergambar
ramai2 utk kenangan bersama..ni sebahgian dr permain2
antara kelab ak dgn dia org..
ak ke-5 dari belakang kiri.


semua macam x sabar nk main jer.bergambar pun not ready..
kte org semua dlm 12 org yg dtg.smue main double..xde single.


ada sedikit kata2 aluan dr kelab dia org utk kelab ak sbgai tetamu..
lps tu dia org suruh ak berucap plk,ak x prepare pun nk berucap
last2 ak cakap skit jer..mula kn bermain!! hahaha



seisi bersalam-salaman antara kami..


time bermain bermula..mcm Roger Faderer x ak?huhu..
gaya je lbh..



cuaca pun agak ok hari tu x panas sngt coz skrg kn
musim ujan..nasib baik x ujan hari tu.


aksi2 yg mendebarkn..



ready utk membalas pukulan pihak lawan..


berehat sambil berbincang taktik2 yg harus digunakan..
tapi pada perlawanan persahabatan ni kelab ak telah tewas
di tangan dia org..kte org ni kira baru setahun jagung start tubuhkan
dlm 4 tahun lepas..dia org smue ramai yg da otai2.
kte org nk cari pengalaman sbnarnye..baru first time
buat trip keluar berjumpa kelab2 lain..
nextime kte akan buat lagi ke trip2 yg jauh demi memajukn lagi
kelab tenis kte org.
da..

Tuesday, November 17, 2009

my garfield..

aslm..
kawan2 ku semua.. mazhad anamee cindaguil ila lalink7 amir wanita dan lain2..


kucing ak ni makan fishkist jer x mkn mknan lain..da cuba juga
bagi tapi dia x nak.. memilih!!


bulu kembang mcm merak huhu..xla skit jer kembang nye.


haii kwan2 smue..da lama ak x memblog kn diri ini.
bz skit katakn.sori la kalo ak x smpt nk menjengok blog2 ko org
smue..

kali ni ak x menghampakn kucing kesayangan ak yg
nk sngt masuk kt dlm blog ak..huhu..
kucing ak ni nama pangilan nye CK atau gemuk.
kalo dia tido memang mcm ni.
terbongkang mengalah kn kte..


pada sape yg x suka kucing tu sori la yer
ak nye blog kali ni pasal kucing ak.
kucing ak ni ak amik dari Muar,Johor
masa ak balik kmpg..manja tapi takut dgn org yg dia x kenal..

time bergurau dgn dia hati2..
gurau dia agak kasar skit.biasanye
akan ada kesan luka coz kuku dia tajam..

that all la kwn2 smue.

Friday, November 13, 2009

pengumuman..pengumuman siapa yg punya anak??



SAN FRANCISCO: Pengguna Internet yang gemar menonton video di laman web terkemuka, YouTube bakal menikmati video berdefinisi tinggi tidak lama lagi.

Menurut kenyataan laman video yang dimiliki oleh Google itu, ia akan mula menyokong rakaman dalam format video bergrafik tinggi sehingga 1080 piksel mulai minggu depan. Tahap resolusi itu adalah yang digunakan oleh televisyen berdefinisi tinggi.

Jurutera perisian YouTube, Billy Giggs, berkata disebabkan resolusi kamera pengguna semakin tinggi, kami ingin memastikan YouTube menjadi lokasi terbaik di laman web untuk mempamerkan kandungan pengguna. - AFP

seronok la ko org semua,dpt menonton video
ber resolusi tinggi..huhu..
ak pun tumpang sekaki la.dunia
semakin canggih skrg..
dunia akhir zaman la katakn.
jgn lupa akhirat yer.

Tuesday, November 10, 2009

seni terhebat..world!!!

LUKISAN tubuh adalah seni yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu.

Namun, bagi seorang artis Amerika Syarikat, ia masih relevan hingga ke hari ini.

Craig Tracy melukis imej yang menakjubkan pada tubuh manusia sebelum merakam mereka dalam pelbagai gaya unik.

Koleksi mahakarya yang dihasilkannya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada lukisan tubuh terbaik di dunia oleh seorang artis.

pandai betul kn org yg melukis tu..hebat di tahap gaban!!!
ak selute habis.tpi pada org kte jgn buat mcm ni sbb tubuh org
yg dilukiskn tu berbogel...huhuhu

Monday, November 9, 2009

superbman


KEPUTUSAN kembali menyertai kategori bantamweight (65 kilogram) memberi hasil lumayan buat jaguh negara, Sazali Samad apabila meraih gelaran Mr Universe kali kelima pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Sunday, November 8, 2009

paris hilton sihir ronaldo




MADRID: Jutawan pewaris rangkaian hotel, Paris Hilton mengaku dia bertanggungjawab terhadap masalah yang menimpa bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Paris Hilton dilapor berkata, dia yang meminta ahli sihir, Pepe, mensihir pemain bola sepak itu, menyebabkan pemain sensasi warga Portugal itu ditimpa pelbagai masalah.

Pepe sebelum ini mendedahkan kepada sebuah akhbar Sepanyol bahawa sihirnya menyebabkan Ronaldo mengalami kecederaan tetapi enggan mendedahkan orang yang menyuruhnya.

Dia hanya menggambarkan orang terbabit sebagai ‘kekasih yang kecewa’ dan ‘wanita kaya keturunan keluarga ternama.’

Semua tanda menuding ke arah Paris dan dia dilapor mengesahkannya dalam wawancara dengan majalah gosip Jerman, Life & Style.

“Saya tidak tahan dengan manusia yang kejam. Saya inginkan seorang jejaka, bukan seorang yang berlari seanak perempuan kecil. Dia (Ronaldo) sebenarnya pondan.”

Pepe mendedahkan bahawa tugasnya ialah melakukan apa saja bagi menghalang Ronaldo daripada meneruskan kariernya dalam bola sepak.

Menurutnya, dia melakukan sihir dengan membuat patung pemain itu dan menikam di ‘tulang belakangnya.’

Bagaimanapun, Ronaldo dikatakan turut mendapat perlindungan daripada pengamal ilmu hitam.

Seorang tukang sihir misteri, Fafa, mendakwa menggunakan ilmu sihirnya untuk melindungi penyerang Real Madrid itu daripada tindakan Pepe.

“Saya membakar lilin di sebelah gambar Ronaldo dan percaya ilmu saya akan dapat melindunginya,” katanya.

Ronaldo yang mengalami kecederaan buku lali dijangka pulih sebelum berdepan dengan Milan minggu depan dalam perlawanan Liga Juara. - Agensi
p/s; terkejut ak bila baca berita ni.betul ker?? publisiti jer kut..
kesian kt ronaldo kn kena sihir.fan ak
tu..


Friday, November 6, 2009

dua alat kelamin..


SETIAP suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allahsentiasa menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka.
Satu daripadanya adalah Allah s.w.t ciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa.

Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan.

Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya.

Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka isu khunsa kerana ia membabitkan maruah, aib dan tabu apatah lagi jika ibu bapa memiliki anak sedemikian.

Namun, insan yang dilahirkan sebagai khunsa juga makhluk Allah dan mereka berhak untuk menikmati nikmat serta rezeki Yang Maha Esa.

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut. Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).

Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.

Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.

Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.

Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.

Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Lalu, baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

"Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya. "Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. "Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita," katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

"Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

"Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

"Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita," katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin. Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki.

Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya," katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.

"Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

"Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.

"Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita," katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

"Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.

"Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil," katanya.


Wednesday, November 4, 2009

result champion league..

Champion League 2009
Manchester United 3 - 3 CSK Mosco
Altetico madrid 2 - 2 Chelsea
Real madrid 1 - 1 AC milan

all draw..