Saturday, March 27, 2010

persoalan hanya tinggal persoalan...

orang kata da tak up to date
mesti kena tukar kete
baru ikut peredaran semasa
biar la ape orang kata
aku tetap dgn kereta aku ini...

knape kalo pergi ke langkawi
mesti kena bergambar kat burung helang ni
nape tak kat bangunan lama ker..
tpi itu la mercu tanda langkawi.
awek kt belakang tu pun da masuk
sekali kat post aku.he3..


posing tak nak tengok camera.hahaha...
cuaca panas lorr!!! teka aku pakai
cermin mata jenama ape???


satu lagi kemusykilan aku
kenapa bas rapid ni hanya ada di kl
dan penang jer..jawab2!!

Monday, March 22, 2010

Manchester united vs Liverpool



malam tadi aku tidak keluar rumah semata-mata
nak menyaksikan perlawanan penting
antara MU dgn Liverpool,musuh ketat
sejak dari dulu lagi..

aku memang fan ManUtd dari dulu lagi..
game yang panas aku x akan miss.
9:25 mlm sepak mula telah berlangsung
tapi pihak lawan telah mendapat score
dulu, MU ketinggalan 1-0 fuhh!! berpeluh juga aku
saat first half hampir berakhir MU telah mendapat
penalti kerana valencia di jatuh kan oleh
macsarano..kedudukan seri hingga 45 minit pertama

game di separuh masa kedua lebih hangat
banyak menyerang antara kedua-dua
team,dan kemenangan MU menjelma dengan
tandukan terbang park ji-sung yg sangat
menarik!!!..

dgn ini keputusan mlm tdi
MU 2-1 Liverpool


Saturday, March 20, 2010

jalan-jalan lagi...

best kan dapat naik kapal star cruise ni..
ambik pic ni masa naik feri penang.

firstime lalu jambatan penang ni,jakun juga la..he3

permandangan dri puncak gunung mat jinjang..

cantik kan pantai ni,,sebab ape pasir nye berwarna
hitam..kata nye ble mengubat kaki yg kudis.


ada pulau kecil yg bentuk nye seperti kasut..
tpi x sepasang he3..

Wednesday, March 17, 2010

aku bercuti ke utara..huhu

masa menunggu nak naik gendola
ke puncak gunung..

saje membuat aksi stunt..
x tahu gayat di buat nye huhu..
memang best sejuk...

melawat tempat galeri Tun Mahatdir Mohamad..
bnyak di simpan koleksi2 nye dri dulu..

masuk gua nak tengok tempat kelawar melepak..hahah
bau jgn cakap la,ancing..

menaiki boat melawat tempat2 yg menarik.
kelihatan bentuk penyu di batu tu kan..
cantik!!

bermain dengan ikan pari yg jinak..
boleh pegang dan bagi dia makan..

pergi ke lokasi burung helang..
melihat helang menyambar makanan dri udara..

gaya pelancong tempatan di langkawi,he3...

baru tiba di langkawi ni... x sempat nak susun gmbar sbnarnye
tongang langgang...he3


permandangan yg indah dri sudut jeti langkawi..
best da 2 kali pergi sana..lps ni x mao g lagi..ahak3..

Tuesday, March 9, 2010

masih tak serik2 lagi kan..

SUNGAI PETANI: Seorang wanita hanya mahu mendapatkan pelaris daripada seorang bomoh untuk memajukan restorannya.
Dia diberikan sebotol air untuk diminum kononnya bagi mendapatkan penarik bagi membantu melariskan perniagaannya sebelum ketagih meminum air jampi berkenaan.Suaminya yang juga seorang guru mendakwa, berikutan ketagih air jampi, isterinya seolah-olah dipukau sehingga merelakan dirinya dicabul bomoh berusia lewat 50-an terbabit.Kemuncaknya, si isteri yang terkena ilmu hitam sanggup meminta cerai.Guru berusia 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hussin mendakwa bomoh terbabit juga mengambil kesempatan mengurut tubuh isterinya yang dalam keadaan tidak berbaju, kononnya untuk menjalani rawatan bagi menjarakkan kelahiran.Malah, bomoh itu juga sanggup memperkenalkan isterinya sebagai teman wanitanya kepada orang lain.

Menurutnya, detik hitam itu bermula pada Julai tahun lalu apabila dia bersama isteri, Aini, 40, diperkenalkan kepada warga emas terbabit oleh sepupu mereka.“Ketika itu restoran yang diusahakan isteri bermasalah dan sepupu saya menawarkan bantuan dengan memperkenalkan kami kepada bomoh terbabit untuk mendapatkan pelaris,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Katanya, tanpa rasa gusar, mereka bersetuju berjumpa bomoh terbabit dan beberapa hari selepas itu Aini yang ditemani sepupu sekali lagi pergi ke rumah bomoh terbabit kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Saya tak terfikir langsung dia ada niat jahat, apatah lagi perwatakannya seperti orang alim dan baik hati,” katanya.Hussin yang juga bapa empat anak berkata, kerana tidak mengesyaki apa-apa, dia tidak menemani isterinya dan difahamkan ketika proses ‘rawatan’ Aini diberi sebotol air untuk diminum kononnya bagi mendapatkan daya penarik bagi membantu melariskan perniagaannya.

Katanya, pada waktu itu bomoh terbabit mencadangkan isterinya menjalani rawatan urutan bagi menjarakkan kelahiran.Sementara itu, Aini mendakwa jika air jampi itu habis, dia dikehendaki kembali semula ke rumah bomoh terbabit untuk menambah air.“Saya mengesyaki dia meminta saya berbuat demikian kerana mahu saya selalu ke rumahnya. Walaupun pelik dengan permintaannya itu, saya tetap kembali semula ke rumahnya kerana seperti rindukannya,” katanya.Aini berkata, dia juga tidak menolak ketika bomoh itu mahu mengurutnya dan rela membuka baju untuk diurut.Malah, ketika memberi rawatan, isteri dan anak bomoh itu turut berada di rumah berkenaan.Katanya, ketika berurut, dia diminta masuk ke bilik bersama bomoh itu.

“Dia juga tidak memberi kain lain selepas meminta saya membuka baju, jadi saya terpaksa menutup bahagian tertentu dengan baju. Saya pelik kerana biasanya lelaki tidak dibenarkan mengurut wanita.“Saya tahu bomoh itu tidak wajar berbuat begitu, tapi entah kenapa saya merelakannya. Malah, saya rasa tidak bersalah kerana beberapa pelanggan lain bomoh itu yang berada di situ meyakinkan apa yang saya lakukan itu betul,” katanya.Aini berkata, selepas mendapatkan rawatan bomoh itu, dia mula mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak sehingga kemuncaknya dia meminta cerai daripada Hussin selepas mereka bergaduh pada 12 September tahun lalu.Menurut Hussin, dia yang terkejut dengan tindakan isterinya itu berjumpa bomoh terbabit bagi menceritakan masalah mereka.

“Saya terkejut kerana isteri tiba-tiba minta diceraikan walaupun pergaduhan kami hanya perkara kecil. Saya memanggil bomoh itu ke rumah bagi menceritakan masalah kami,” katanya.Hussin berkata, dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila bomoh itu mendakwa isterinya sudah tidak menyayanginya lagi dan menasihatinya menceraikan Aini dengan talak satu.Berikutan itu, dia bertanyakan isterinya sama ada mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum terkejut apabila isterinya menunjukkan bomoh itu lelaki dimaksudkan.“Saya sudah mengeluarkan parang dan ikutkan hati mahu membunuh bomoh terbabit, tetapi mujur saya masih waras. Saya menyuruh dia pulang dan mula mengesyaki isteri ‘dikenakan’ bomoh itu,” katanya.

Mereka kemudian menemui beberapa tokoh agama di Kulim, Sungai Lalang dan Bandar Perdana di sini dan mereka mengesahkan isterinya terkena sihir bomoh terbabit.“Saya tak pernah percayakan bomoh, tapi apabila melihat sendiri kesannya saya terpaksa percaya. Saya hanya menganggap bomoh itu sebagai rakan dan abang kerana kami rapat, tak sangka pula dia mengambil kesempatan.“Saya lega kerana selepas rawatan itu, isteri semakin pulih walaupun bomoh terbabit masih cuba ‘menganggu’ kami,” katanya.

Friday, March 5, 2010

secret resepi nye kek..nyum..nyum..


sedap nye kek secret resepi ni kan..
first time la aku makan kek secret ni x menghampakn
aku coz sedap juga dan bnyk pilihan.
harga agak mahal sedikit dri kek-kek kat
kedai lain..maybe kerana secret resepi ni worldwide
nya perniagaan harga kena la up skit..he3
so kalo ko org teringin nk makan kek
singgah2 la kat kedai secret resepi ni,pilih yg mane
mengikut selera kamu semua..
da..

Wednesday, March 3, 2010

netbook....ohh..netbook..




aslm..all my blogger
enrty aku kali ialah ak nak tunjukan kt ko org
yang ak baru jer beli netbook..
so,lepas ni ak x risau lagi coz setiap tempat ak berada
boleh online.