Sunday, November 8, 2009

paris hilton sihir ronaldo




MADRID: Jutawan pewaris rangkaian hotel, Paris Hilton mengaku dia bertanggungjawab terhadap masalah yang menimpa bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo.

Paris Hilton dilapor berkata, dia yang meminta ahli sihir, Pepe, mensihir pemain bola sepak itu, menyebabkan pemain sensasi warga Portugal itu ditimpa pelbagai masalah.

Pepe sebelum ini mendedahkan kepada sebuah akhbar Sepanyol bahawa sihirnya menyebabkan Ronaldo mengalami kecederaan tetapi enggan mendedahkan orang yang menyuruhnya.

Dia hanya menggambarkan orang terbabit sebagai ‘kekasih yang kecewa’ dan ‘wanita kaya keturunan keluarga ternama.’

Semua tanda menuding ke arah Paris dan dia dilapor mengesahkannya dalam wawancara dengan majalah gosip Jerman, Life & Style.

“Saya tidak tahan dengan manusia yang kejam. Saya inginkan seorang jejaka, bukan seorang yang berlari seanak perempuan kecil. Dia (Ronaldo) sebenarnya pondan.”

Pepe mendedahkan bahawa tugasnya ialah melakukan apa saja bagi menghalang Ronaldo daripada meneruskan kariernya dalam bola sepak.

Menurutnya, dia melakukan sihir dengan membuat patung pemain itu dan menikam di ‘tulang belakangnya.’

Bagaimanapun, Ronaldo dikatakan turut mendapat perlindungan daripada pengamal ilmu hitam.

Seorang tukang sihir misteri, Fafa, mendakwa menggunakan ilmu sihirnya untuk melindungi penyerang Real Madrid itu daripada tindakan Pepe.

“Saya membakar lilin di sebelah gambar Ronaldo dan percaya ilmu saya akan dapat melindunginya,” katanya.

Ronaldo yang mengalami kecederaan buku lali dijangka pulih sebelum berdepan dengan Milan minggu depan dalam perlawanan Liga Juara. - Agensi
p/s; terkejut ak bila baca berita ni.betul ker?? publisiti jer kut..
kesian kt ronaldo kn kena sihir.fan ak
tu..


6 comments:

  1. erm...no koment la...skrg ne mcm2 ley berlaku kn...hurm...

    ReplyDelete
  2. ini artikal btoi2 ka.nama2 cm lawak ja pun.haha...

    ReplyDelete
  3. ila..
    komen la skit.

    mazhad..
    ni betul nye x tipu.x tau la kalo tabloit tu tipu ak.. huhu..

    ReplyDelete
  4. tak sangka omputih pun main bomoh2.. haha

    ReplyDelete
  5. meh nak komen...ihihihi...tu la...xtau lak kata omputih men bomoh gk..egt kt malaysia jek...hiiih

    ReplyDelete
  6. amir..
    lagi kuat ooohh.dia guna vodoo.

    ila..
    kt mane2 pun mesti ada.
    ila penah kena bomoh.huhu..

    ReplyDelete