Sunday, November 29, 2009

sehati sejiwa..mcm lagu nurul n ajai


KUALA LUMPUR: Kerana sayangkan suami, seorang isteri sanggup memusnahkan masa depannya apabila rela berkongsi hobi menghisap syabu semata-mata tidak mahu lelaki berkenaan berkongsi gian bersama penagih lain di luar.

Pengorbanan ‘membabi buta’ itu akhirnya memakan diri apabila dia turut bergelar penagih syabu selepas ketagih dan berasa seronok menikmati benda haram itu.

Lebih memilukan, gara-gara mahu suami sentiasa ada di rumah, empat anak mereka ibarat ‘penonton setia’ setiap kali mereka berkongsi menjamah ‘hidangan’ haram itu.

Begitulah yang dilalui Mia, 30, yang bukan saja ketagih dadah tetapi pandai menjual dadah dan mencuri demi memastikan bekalan syabu yang dinikmati bersama suaminya tidak putus.

p/s: ini kah yg dinama kan sehati sejiwa..snggup berkongsi ape saja.ak rasa da bnyk kt negara kte yg mcm ni.wanita snggup melakukn kejahatan demi suami tercinta..

2 comments:

  1. ksian nurul n ajai.berpisah pun ungkapan sehati sejiwa mreka msh digunakan...huhu...

    ReplyDelete