Thursday, December 31, 2009

tahun 2010 azam baru..???


hah!!diam x diam da nk masuk tahun baru
tahun yg mungkin lebih mencabar utk kte
semua 2010



utk blogger ak yg setia menyinggah
kt blog ak yg x seberape ni..
kalo xde kau org xde la blog ak ni.huhu
terutama pada

mazhad
amir
shin
ila
hajar
nisa
pinky
areja
wanita
yoro
cindaguil

dan yg lain,sori kalo nama x tulis..
ak nk wish kt ko org semua.
semoga kte semua sambut 2010
dgn kenangan yg indah,lupakn yg pahit
dlm hidup kte yg lalu dan
azam yg bertambah utk tahun
yg akan dtg..

Wednesday, December 30, 2009

cuti panjang..


rehat seketika utk berblog..
ak bz memanjang..
huhu

Saturday, December 26, 2009

bas express vs driver ngantuk vs penumpang..






IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.
Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.
"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.
Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

p/s:takut bila dngr berita2 mcm ni,nk naik bas awam x selamat juga.huhu..
punca semua kt driver tu.kalo dia x ngntuk maybe xkn belaku semua tu.
bas da la baru,cantik lagi 2 tingkat..

Thursday, December 24, 2009

nak g jalan2..rindunye + bz memanjang..

rindu nye nk naik bus g trip jauh2..
huhu

aslm..
ak sebok dengan badminton
ak x sempat nk buat blog
jumaat ni ak ada friendly lagi
dgn kelab badminton Felda Semencu..
Kota Tinggi,Johor
nti da free ak update

Sunday, December 20, 2009

ujung minggu yang penuh aktiviti..


aslm..
kawan-kawan sekalian.
aktiviti ujung minggu ak semalam penuh
dgn majlis majlis formal..
gambar kt atas lebih kurang kul 9 pagi
ak da terpacak kt Dewan Sri Kembangan
Pinang Hijau,Bandar Tenggara..
pada pagi tu ada sukaneka dan menyambut
kedatangan Dato Baderi Dasuki.
kenal x nama tu.Adun area tempat ak..
dia pun ditugaskn utk mrnyampaikan
hadiah2 yg telah dipertandingkan,seperti...
bola sepak,badminton,ping pong dll..
ak x dpt nk tunggu smpai penyampaian hadiah
coz ak kena pergi ke kenduri kawin sedara..
so dlm kol 11 lebih ak da belah dari situ.

ni masa ak baru habis makan kt kenduri kawin sedara ak
kat felda ulu pengeli kluang..kira sedara jauh skit la..
x selalu datang.gambar kt atas tu ada belonggok
mamat2 yg berbaju itam tu semua nye naik motor haley davison..
dari kuala lumpur,ada yg solo dan ada yg bercouple.


ada la sikit ak snap2 pic motor diaorg tanpa
pengetahuan diaorg semua..nti takut dia org
kembang lak.huhu..


semua motor berkuasa besar ni jenis yg sama
haley davison..cuma cc jer yg berbeza.


motor yg kt atas ni buat ak teringat kt dlm film
hollywood.rasa2 cete police story n terminator 1..
motor tu digunakan utk peronda polis.


konvoi ni semua sekali ada 10 biji motor haley davison..
xde jenama lain pun kecuali haley davison.huhu


ni motor yg paling ak minat la antara banyak2 motor
haley davison kt dlm gmbar ni..
sportrim jer da buat ak tertarik 18inci x silap ak.
simple tapi cantik..


ni kereta yg akan bawa pengantin nanti..
xtau la kereta sendiri ker pinjam.huhu..
BMW tu,harga jgn cakap ble jejak suku juta.
zaman sekarang kn semua kawin nk gran2..bukan xble
tpi jgn lepas kawin nti sibok mengira hutang...he3
yang penting happy kn.
da..

Friday, December 18, 2009

cerita burger n lipan merah..

salam maal hijrah semua..ari ni ak nk exposekn
pic masa ak g makan kn McD kelmarin..n cerita
pagi jumaat ni yg tragedis..huhu


j0m makan..nyum nyum..sedapkn prosperity burger McD.
sebelum snap pic ni ak da makan skit coz x ble tahan tengok
prosperity burger ni.huhu..
biasanye ak akan kerap ke McD time2 ujung tahun n awal tahun
coz menu ni akan ada di McD.ak x tau la nape dia x buat
setiap bulan hanya ujung tahun n sempena tahun baru cina..




ni jer menu yg ak order masa ak pergi kelmarin.
ak ada urusan skit masa tu kt kulai lepas je
selesai urusan tu ak terus ker McD..
masa tu pun perut memang tengah lapar..
tapi bila da makan ada juga x habis so terpaksa la
tapow bwe balik..



makan..makan..jom blogger2 ku.

tadi dlm kol 9 pagi ak dok la mengadap pc,melayari
internet..tiba ak tengok kucing kesayangan ku
sedang bermain2 dgn sesuatu yg ak x pasti..
bila ak pandang dgn jelas rupa2 nye dia sedang bermain dngn
lipan..huhuhu ak pun ape lagi terpaksa la membunuh lipan itu..
dgn bahasa lagi lembut stopkn nyawa nye.he3..



ak sebenarnye x berani nk bunuh2 binatang ni,bukan pe
ak mcm x sampai hati..tapi kali ni ak terpaksa bunuh lipan tu
coz takut nanti kucing ak akan kena bisa dia..huhu
x snggup melihat kucing ku mati.
meremang juga bulu roma time nk bunuh lipan ni..
tapi beranikn diri juga.sori lipan..he3

Wednesday, December 16, 2009

saya tak suka...


saya x suka kamu...
apa yang harus anda lakukan..
jika ini belaku pada anda bila kawan anda atau teman anda atau kekasih anda cakap
saya tak suka....???

teringat masa kecil dahulu..


ari nie nk makan menu yg di ats..
sedapnye,mengalir air liur
ak suka coz dri kecil mak selalu jgk
masak ni..

Monday, December 14, 2009

Cendol + ABC sama sedap...

sedap nye air ni..walaupun x menarik

huh..ari ni cuaca panas lagi sama mcm smlm.
tapi ak rasa da lama x hujan.. panas je
memanjang.
smlm pagi2 lagi ak da kuar g ke padang
utk perlawanan bola sepak antara jalan2
dekat taman ak.
bermain secara karnival ni memang la penat..
tapi berbalaoi la jgk team ak dapat no-2.
nk ikutkn team ak no-1,coz bermain secara liga.
tapi ni no 1 dan 2 di suruh lawan balik utk menentukn
sapa juara.boleh kerrr??? bdk2 ak semua da la penat
kerana team ak xde pemain simpanan...
lagipun matahari da terpacak kt atas.
kol 2 ptg,bayangkn la..
ak pun da la 2-3 tahun sekali baru main bola.

ari ni muka ak mcm nk terbakar da hitam
badan ak sengal2 semua,nk jalan pun
mcm wanita lepas bersalin..huhu
ak g beli air cendol+ABC kt dgn
rmh ak minum x cukup satu..haus je memanjang.he3..
nk update blog pun mls.
k kwn2 semua..

Saturday, December 12, 2009

LEVI'S vintaj..(asal-usul)




SELUAR jeans kini diangkat sebagai satu keperluan pakaian dalam hidup seseorang. Walaupun hanya sepasang jeans dalam simpanan, ia tetap memainkan peranan signifikan dalam hidup masyarakat dan penggunaannya tidak lagi terhad kepada aktiviti santai dan kasual semata-mata. Menurut sejarah fesyen, aliran jeans denim mula merebak di kalangan remaja Amerika Syarikat pada sekitar era 1950-an yang kemudian diiktiraf sebagai satu ikon budaya di negara itu selepas dipopularkan pelakon James Dean menerusi filem Rebel Without A Cause hingga mencetuskan gerakan simbol pemberontakan di kalangan warga muda. Namun, seluar jeans sebenarnya terlebih dulu digunakan pada lewat 1870-an oleh buruh lombong emas kerana fabriknya yang teguh dan memudahkan pergerakan. Jeans moden seterusnya direka pada 1920-an dan lebih banyak dijual di barat Amerika untuk golongan koboi, pembalak dan buruh jalan kereta api. Levi's kemudian muncul selaku syarikat pakaian pertama yang mengambil kesempatan itu dengan memperkenalkan seluar jeans ke seluruh Amerika.Jeans Levi's juga pernah diisytiharkan sebagai komoditi utama ketika Perang Dunia Kedua apabila pada satu tahap disyaratkan ia cuma boleh dipakai pekerja di bidang pertahanan.Sejak itu seluar jeans melalui pelbagai modifikasi hingga akhirnya bercambah kepada pelbagai jenis serta bentuk yang ada di pasaran kala ini.Justeru, Levi's sekali lagi mahu mengulangi memori kegemilangan rekaannya ketika era 1870-an yang dijelmakan menerusi koleksi Modern Vintage yang dilancarkan, baru-baru ini.Potongan seluarnya masih mengikut gaya dan permintaan terkini, cuma dilengkapi dengan ciri-ciri vintaj Levi's iaitu butang, poket belakang dan rivet logam.Pengurus Dagangan Pembeli Levi's Asean, Law Hong Mei, berkata ciri-ciri itu menjadi titik tumpuan dalam koleksi ini yang menjadi simbol kepada zaman kebangkitannya pada abad ke-19.

"Koleksi Modern Vintage ini mengimbau semula sejarah jeans Levi's yang sesuai dan selesa digayakan lelaki dan wanita dengan pelbagai pilihan potongan."Ia rekaan vintaj kontemporari dengan perincian mewah bagi menyerlahkan nilai individualisme. Untuk koleksi ini, kami bawakan poket belakang era 1940-an manakala rivet dan butang dari zaman 1870-an," katanya.Modern Vintage menampilkan tiga rekaan untuk lelaki dan wanita. Potongan langsing (slim), lurus biasa (regular straight) dan but biasa untuk lelaki sementara potongan langsing, lurus biasa dan rekaan boyfriend langsing yang ketat bagi wanita.Bagi memeriahkan koleksi ini, Levi's turut mewujudkan laman web www.levismodernvintage.com untuk memberi maklumat lanjut kepada pengguna yang turut berfungsi sebagai kapsul masa.

Pengguna diminta mencipta kapsul masa masing-masing dan diisikan dengan 10 imej yang dirasakan relevan untuk 10 tahun akan datang. Pada 2020, laman web itu akan kembali dibuka dan pengguna boleh melihat semula kapsul sebagai tanda kepada dekad baru yang selaras dengan tema vintaj moden.

Thursday, December 10, 2009

j0d0h tidak datang berg0lek

SEGELINTIR melabelkan lelaki sebagai buaya jika dia suka bertukar pasangan. Namun apabila berdepan dengan lelaki pendiam mahupun lurus bendul, mudah pula melontarkan kata-kata yang jejaka itu 'kayu', tiada perasaan dan sebagainya.

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah bagi semua orang.

Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita saja tanpa mengendahkan keadaan senggang si dia.

Serba salah dibuatnya. Tidak dihubungi, hati memberontak ingin mendengar suaranya. Apabila dihubungi, takut mengganggu dirinya.

BAJU CINTA..18sx, bawah umur dilarang membaca



BAJU CINTA.

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru

berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu

perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!"

"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.

" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya

Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami

saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan

nenek."

Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si

isteri melayan sang suami...

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan

mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan

si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi,

berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan

suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok

terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.

"BAJU CINTA???.... . . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt

nampaknya….

p/s: m0ral cete ni kan ak rasa hanya utk g0l0ngan muda ler..
bagi yg um0r yg da lanjut (manopus) x sesuai..he3
agak2 ada ker yg penah buat kt husband dia mcm ni.

Tuesday, December 8, 2009

HSAJB tujuan ku..09-12-2009



ada satu cete ni nk habak kt kalian semua..
ari ni baru ak teringat besok adalah due date untuk ak
g checkup kt HSAJB..biasa nye memang setiap tahun.
setahun sekali dlm bulan december..tapi tarikh yg ak lupa ari ape.
so ak semak2 la kad ak. sahh... memang besok 09/12/2009 adalah tarikh ak berjumpa doktor.
ak pun ape lagi terus apply form cuti.nasib baik xde masalah..
kalo x ak kena pergi jgk dgn
cuti yg x diluluskn.kira ok la kn dari da terlepas tarikh nye. jawab nye nti ak kena tunda..
malas nak tunda2 coz biasanye org akan ramai.
tu je yg ak nk habak kt kamu semua.. ;-)
moral nye jgn jadi macam ak yer.selalu sngt terlupa benda2 yg penting..huhu

badminton friendlymatch..


tadi petang member ak call dia kata mlm ni ada
friendlymatch dgn kelab keluang..
ak rasa agak tergesa2 dan plan terlalu on the spot..
tpi nk wat cmner ak terpaksa turun jgk mlm ni.
tapi mood ak x beberape baik la buat masa ni.
xtau la tiba2 jer ak jadi moody petang tadi..
nak ikutkan hati ak,mcm malas je nk turun bermain..



ak harap ak dapat mengawal mood ak utk game ni..
bila kte xde mood dlm permainan,
corak permainan kte akan tergangu sedikit
ni akan menyebabkn ape yg kte sasarkn akan
jadi x tepat..



ak akan bermain seperti biasa mlm ni..
mudah2an ak dpt ilangkn mood yg x elok itu..
demi kelab ak..


gemparkn jika belaku depan mata kita..


KOTA BHARU: “Saya macam tidak percaya apabila menyaksikan sebuah kereta tiba-tiba ‘terbang’ dari tingkat atas sebelum jatuh ke atas tangga bergerak di ruang legar kompleks,” kata Mohd Jawaidi Mohd Zain, 23.
Penolong Pengurus Kyros Kebab itu berkata, sebelum kejadian dia sibuk melayan pelanggan di premisnya di ruang legar berhadapan tangga bergerak berkenaan.
Katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti bangunan runtuh sebelum terlihat sebuah kereta Ford Laser jatuh dari tingkat atas lalu menghempap tiga wanita di tempat kejadian.
“Saya dan pelanggan tergamam sebelum lari menyelamatkan diri,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan iaitu Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Seorang lagi pelajar kolej itu, Rashidah Ahmad Lufti, 24, dan pemandu kereta itu, Nor Ain Said, 19, cedera parah.
Suasana mencemaskan itu menyebabkan aktiviti perniagaan lebih 40 premis di pasar raya terbabit terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu melakukan tugas menyelamat.
Kejadian turut menyebabkan Jalan Hamzah berhampiran sesak teruk kira-kira dua jam apabila sekitar bangunan pasar raya itu dipenuhi hampir 2,000 orang awam yang mahu melihat keadaan itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.
Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.
“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.
Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

ak rasa ko org tentu da baca artikal ni..ak nk tergelak pun ada,tpi nyawa org melayang tu.kesian betul kt org awam yg x bersalah.ape eh moral dr cete nie..


Sunday, December 6, 2009

impian manusia..impian kita.


hidup ni x semua yg kte impikn akn
terlaksana..
kdg2 benda yg kte harapkn x selalu nye
menyebelahi kte..sebaliknye dgn
yg x disangka2 akn mendatangi kte..
itulah rencah dunia ini.
yg penuh dengan cabaran
suka duka
rindu dendam
mcm2 lagi la..
jgn la kte bercakap tentang keadilan
kerana..begitu sukar utk kte
melaksanakan nye..
ak.....???

Saturday, December 5, 2009

kereta oh kereta..


bulan ni cukup 9 tahun ak menjaga kete kesayangan ku..
walaupun da kira oldfasion ak x terpikir lagi nk menukar nye.
angan2 tu ada tapi x tau la bila?? yg pasti ak xkn menjual nye.
akan ku jadi kn secound car..
kete ak ni banyak kenangan nye pada ku..
masa ak susah senang tetap bersamanye.
ak pun penah kemalangan jalan raye dgnnye.
memori nye sngt banyak kepadaku..
walaupun da bnyk ragam dia buat pada ku tpi ak masih
tetap sayang pada nye.
bak kata org x kenal maka x cinta..huhu
akan ku jaga nye selagi ak terdaya.
i love u so much!!

Thursday, December 3, 2009

mimpi kenangan terindah..



smlm masa ak tid0,ak telah bermimpi.
mimpi ak x la seteruk mane p0n..
tapi kira dasyat la jgk mimpi ak ni.
ak telah mengalami satu mimpi yg maner
banjir telah melanda tempat kawasan ak.
ak pun cuba la nk lari mencari tempat
yg selamat..
ada la kwn ak dlm 2 0rg termasuk ak 3 0rg.
berlari meredah tanah tinggi.ape yg ada di dpn ak
semua ak redah,nk selamat nye pasal..
dlm mimpi tu masa ak meredah bukit utk mencari tempat
tinggi sempat jgk ak berkata.
nasib baik ak pakai kasut mahal yg sesuai
utk mendaki..huhu kdg2 mcm lawak la jgk.
air da bnyk la melimpah kira mengerikn juga.
tpi yg x best nye ending xde.
mati mcm tu jer..
jalan cete nye.ak anggap semua ni hanya
mimpi belaka.mainan tid0 kn..

that all!! ;-)



Wednesday, December 2, 2009

satay ohh satay..


erm..tertelan air liur x tengok satay nie.
mlm tdi member ak, x ribut x ape tiba2 jer
dia bawe bungkusan plastik.
ak ingat pe.rupa nye satay..
tema kasih la yer kpd cik helmi kerana
blanja satay kt ak n member2..
murah rezeki ko nti.



satay nie kira yg paling sedap la kt tempat ak.
ble bawe g bertanding..
tapi ak cuma suka satay daging lembu jer.
ayam ak x bepe suka..
entah la dari dlu,try jgk nk suka xble.
so,slmt menatapi satay yg ak makan ni yer.. ;-)
nyum..nyum..nyum..

Tuesday, December 1, 2009

koleksi koleksi koleksi..


jam G-SHOCK ak beli tahun lepas.
ak pakai time g keje n bersukan..
ak x minat sngt sbnrnye warna putih.
tapi coz tengok org lain pakai mcm cantik n kena je..
ak pun beli la buat harian.


jam tangan TAG HEUER ak 2 tahun lepas..


jam tangan ak baru beli..
cantik x??
jenama TAG HEUER
da lama ak teringin baru skrg ak dpt miliki..


motor n kete FERRARI ni koleksi pemandu
F1 kimi raikkonen. cantik kn..





ak saje upload kt pic ni utk tatapan ko org
coz..ak minat sngt kt koleksi kimi ni.nk miliki nye
memang la x dpt. just dpt melihat pun da kira ok..
motor ni design nye direka dan di ilham kn sendiri oleh
pemilik nye,kimi raikkonen. dibuat oleh FERRARI designer..
best kn if kte ada duit dan ble reka sendiri motor
yg kte ingin kn..


p/s: sekadar utk berkongsi minat bersama anda semua..