Saturday, December 12, 2009

LEVI'S vintaj..(asal-usul)




SELUAR jeans kini diangkat sebagai satu keperluan pakaian dalam hidup seseorang. Walaupun hanya sepasang jeans dalam simpanan, ia tetap memainkan peranan signifikan dalam hidup masyarakat dan penggunaannya tidak lagi terhad kepada aktiviti santai dan kasual semata-mata. Menurut sejarah fesyen, aliran jeans denim mula merebak di kalangan remaja Amerika Syarikat pada sekitar era 1950-an yang kemudian diiktiraf sebagai satu ikon budaya di negara itu selepas dipopularkan pelakon James Dean menerusi filem Rebel Without A Cause hingga mencetuskan gerakan simbol pemberontakan di kalangan warga muda. Namun, seluar jeans sebenarnya terlebih dulu digunakan pada lewat 1870-an oleh buruh lombong emas kerana fabriknya yang teguh dan memudahkan pergerakan. Jeans moden seterusnya direka pada 1920-an dan lebih banyak dijual di barat Amerika untuk golongan koboi, pembalak dan buruh jalan kereta api. Levi's kemudian muncul selaku syarikat pakaian pertama yang mengambil kesempatan itu dengan memperkenalkan seluar jeans ke seluruh Amerika.Jeans Levi's juga pernah diisytiharkan sebagai komoditi utama ketika Perang Dunia Kedua apabila pada satu tahap disyaratkan ia cuma boleh dipakai pekerja di bidang pertahanan.Sejak itu seluar jeans melalui pelbagai modifikasi hingga akhirnya bercambah kepada pelbagai jenis serta bentuk yang ada di pasaran kala ini.Justeru, Levi's sekali lagi mahu mengulangi memori kegemilangan rekaannya ketika era 1870-an yang dijelmakan menerusi koleksi Modern Vintage yang dilancarkan, baru-baru ini.Potongan seluarnya masih mengikut gaya dan permintaan terkini, cuma dilengkapi dengan ciri-ciri vintaj Levi's iaitu butang, poket belakang dan rivet logam.Pengurus Dagangan Pembeli Levi's Asean, Law Hong Mei, berkata ciri-ciri itu menjadi titik tumpuan dalam koleksi ini yang menjadi simbol kepada zaman kebangkitannya pada abad ke-19.

"Koleksi Modern Vintage ini mengimbau semula sejarah jeans Levi's yang sesuai dan selesa digayakan lelaki dan wanita dengan pelbagai pilihan potongan."Ia rekaan vintaj kontemporari dengan perincian mewah bagi menyerlahkan nilai individualisme. Untuk koleksi ini, kami bawakan poket belakang era 1940-an manakala rivet dan butang dari zaman 1870-an," katanya.Modern Vintage menampilkan tiga rekaan untuk lelaki dan wanita. Potongan langsing (slim), lurus biasa (regular straight) dan but biasa untuk lelaki sementara potongan langsing, lurus biasa dan rekaan boyfriend langsing yang ketat bagi wanita.Bagi memeriahkan koleksi ini, Levi's turut mewujudkan laman web www.levismodernvintage.com untuk memberi maklumat lanjut kepada pengguna yang turut berfungsi sebagai kapsul masa.

Pengguna diminta mencipta kapsul masa masing-masing dan diisikan dengan 10 imej yang dirasakan relevan untuk 10 tahun akan datang. Pada 2020, laman web itu akan kembali dibuka dan pengguna boleh melihat semula kapsul sebagai tanda kepada dekad baru yang selaras dengan tema vintaj moden.

16 comments:

  1. tak suke seluar jean levi's
    suke cheetah.. haha
    *peace*

    ReplyDelete
  2. oo.. macam tu rupanya.. hehehe..

    aku suka lelaki pakai jeans levis.. aku pun tak tahu kenapa.. hehehe

    ReplyDelete
  3. nisa..
    yer ker??
    pilihan masing2 kn. ;-)

    pinky..
    eh pinky, bagus la ustazah mcm kamu ni open minded.. ;-)
    sy memang minat jean levis sejak sekolah lagi.
    tpi x suke yg koyak2 la.segan nk pakai..
    sngup berhabis duit.huhu..tpi kena sesuai kn dgn tempat..

    ReplyDelete
  4. lpas lu cita br gua tau lan...pnjg lebau ha!huhuhu....

    ReplyDelete
  5. saya suka seluar slack.. huhu

    ReplyDelete
  6. ila xksh jeans cmna pn....tapi suka tgk laki pkai levi`s gk...he2

    ReplyDelete
  7. mazhad..
    wat makluman jer bro.

    amir..
    yer ker??
    x kisah la tu.

    ila..
    eh,suke laki pakai levis mcm cik pinky.

    ReplyDelete
  8. hahaha.. open minded tu penting laa lan.. sebab zaman skrg ni kan zaman moden.. so kena laa ikut situasi.. =)

    yup kena ikut tempat.. jgn laa pakai jeans nak solat hari raya plak.. tak sesuai.. hehe

    ReplyDelete
  9. saya tetap tidak sukakan Levis :)
    hehehe

    ReplyDelete
  10. pinky..
    betul3...sy sokong.zaman yg mencabar ni kn,
    kte kena sesuaikn diri kte.

    are'ja..
    nape cik hoi,,coz x suka sluar jean eh.
    xpe pakai sluar slack je..huhu

    ReplyDelete
  11. wanita..
    abg mesti adakn.
    janji pakai seluar erk..he3

    ReplyDelete
  12. :) sesuai kan diri memang penting.. lagi2 ustzah macam sy.. hehe

    ReplyDelete